Ridhuan Tee nasihat Muhyiddin ‘berehat’ jadi calon PM

TIMBALAN Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar ‘berehat’ daripada terus ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri.

Menurutnya, faktor kesihatan Muhyiddin yang tidak mengizinkan serta kes mahkamah yang sedang dihadapi Ahli Parlimen Pagoh itu wajar dijadikan pertimbangan serius.

“Cukuplah, biarlah beliau berehat. Dalam Bersatu dan Pas ramai lagi tokoh yang berwibawa. Tidak perlu hanya menonjolkan seorang seolah-olah orang lain tidak layak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ridhuan Tee turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pemimpin Bersatu dan Pas yang terlalu ghairah berebut jawatan Perdana Menteri, sedangkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pun belum berlangsung.

Beliau menegaskan, keutamaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya adalah menyelamatkan negara dan menjaga kepentingan rakyat, bukannya sibuk mengangkat tokoh tertentu.

Sambil mengulas pandangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu isu calon Perdana Menteri tidak dijadikan tumpuan, Ridhuan turut mempersoalkan hala tuju Bersatu.

“Bersatu masih dibayangi DNA UMNO, terlalu ghairah mengejar jawatan. Sedangkan tanpa jentera Pas, Bersatu tidak mampu bertahan lama dalam gelanggang politik.

“Ini belum menang lagi sudah bercakap soal jawatan, bagaimana mahu memimpin kerajaan?” tegasnya.

Beliau menutup kenyataan dengan mengingatkan PN bahawa perkara utama sekarang adalah memastikan kestabilan negara serta memperkukuh kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, bukannya menyalin gaya politik tamak kuasa yang hanya membuat rakyat hilang keyakinan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James