Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

MISI mempertahankan gelaran di Terbuka Hong Kong tampak lancar buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila menempah tiket ke suku akhir, hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua di Hong Kong Coliseum, gandingan kedua dunia itu hanya memerlukan 37 minit untuk menyingkirkan lawan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 21-18, 21-17.

Begitupun bagi Pearly, masih banyak kekurangan perlu diperbaiki mereka, terutama untuk mengharungi perlawanan akan datang.

“Saya rasa pergerakan kami agak perlahan, terutama saya,” kata Pearly kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Mengulas mengenai sasaran mereka di Hong Kong, Pearly berkata, mereka tidak mahu terlalu meletakkan tekanan kepada diri sendiri dan fokus terhadap gaya permainan.

“Saya rasa seperti biasa kami tidak terlalu mahu meletak sasaran kepada diri sendiri dan fokus kepada gaya permainan sendiri dan konsisten itu penting,” katanya.

Pearly-Thinaah dijadual bertemu rakan senegara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing di suku akhir esok selepas gandingan itu menewaskan beregu Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan 21-19, 21-18 dalam tempoh 41 minit.

Dalam pada itu, perjalanan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir di pusingan kedua apabila tewas di tangan gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 17-21, 21-11, 15-21.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting