Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

PUTRAJAYA – Insiden kekecohan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru dekat ibu negara, tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk terjejas telah lama diberikan notis pengosongan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, yang juga ketua Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera.

“Walaupun kita merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera… selaras dengan peruntukan dalam sistem perundangan sedia ada,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di kampung itu.

Video kekecohan antara pasukan keselamatan serta penduduk turut tular di media sosial.

Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam insiden serangan terhadap Sulizmie Affendy dan menyifatkannya sebagai perbuatan keji.

Related Posts

Persepsi masyarakat Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu dibuang

PUTRAJAYA – Persepsi bahawa penggunaan Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu diubah kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada peminggiran bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pakar bahasa dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang