Pemuda UMNO diingatkan tidak ambil jalan singkat ketika dikritik

PUCHONG – Pemuda UMNO disaran untuk tidak mengambil jalan singkat apabila berdepan dengan kritikan dan perbezaan pendapat yang dilontarkan terhadap idealisme mahupun perjuangan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sayap parti itu perlu memegang idealisme berbeza tetapi harus menangani perbezaan pendapat itu dengan penjelasan bukannya tindakan lain.

Katanya, beliau sendiri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mereka membawa idealisme berbeza daripada pimpinan parti ketika itu.

“Kita kerap komen dan kritik orang apabila orang kritik semula kenalah terima. Kenapa (apabila) orang kritik, kita kata orang itu tak demokratik tak terima hakikat, tapi apabila kita kena kritik semula atau orang tidak setuju, kita mahu cari jalan singkat, jangan begitu.

“Ini perjuangan politik dan kita terima bahawa dalam politik ini bukan semua orang setuju dengan kita, jadi kalau tidak bersetuju tangani ketidaksetujuan itu dengan penjelasan bukan dengan tindakan-tindakan yang lain,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SMART Pulau Meranti, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang memberi bayangan untuk berundur daripada jawatannya semalam.

Katanya, secara umum Pemuda perlu ada idealisme namun soal pandangan itu diterima atau tidak ia harus tetap diperjuangkan dengan kaedah-kaedah tertentu untuk disantuni dan didepani.

Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri pernah bercanggah pendapat dengan pimpinan parti ketika memegang jawatan tersebut bahkan pernah tersungkur akibat perbezaan tersebut.

“Saya pun pernah terlanggar gunung, saya juga pernah terpijak kulit pisang dan tersungkur tapi ketersungkuran itu tidak menyebabkan kita tidak boleh bangun semula namun apa pun asalkan misai tidak mencecah bumi kita tetap bangun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jika Dr. Muhamad Akmal benar-benar mengundurkan diri, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak memikirkan perkara itu.

Terdahulu, hantaran  terbaharu Dr. Muhamad Akmal di media sosialnya pada Rabu kembali mencetuskan tanda tanya apabila membayangkan sudah tiba masanya untuk beliau mengundurkan diri.

Kenyataan itu hadir selepas Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung pada Isnin lalu.

Dr. Muhamad Akmal beberapa hari lalu mengadakan Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang antara lain bersetuju supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Desakan itu namun ditolak oleh kepimpinan tinggi UMNO yang mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan