Pempengaruh perlu perbetul maklumat tidak tepat di media sosial

MEDIA sosial tidak boleh menjadi ruang kepada komen berbaur perkauman, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk menyebarkan mesej positif dan penjelasan tepat bagi mengelakkan fitnah, kata pempengaruh media sosial, Muhammad Taufiq Iskandar.

“Kalau kita nak negara kita hidup dalam damai, dia kena ada satu keikhlasan di dalam hati rakyat. Kalau diri sendiri tak berubah, kita tak boleh membentuk damai di dalam negara kita,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Taufiq juga menyatakan kebimbangan terhadap kecenderungan komen stereotaip dan rasis dalam media sosial.

“Macam yang saya nampak dalam media sosial, ada komen-komen seperti ‘Barua’ Cina atau ‘type M’, ‘type C’, Itu memang sudah masuk kategori rasis.

“Sedangkan kita bagi penerangan yang positif, tiba-tiba ada komen sebegitu,” katanya.

Beliau berkata, pempengaruh media sosial mempunyai tanggungjawab besar memberi penerangan yang sahih supaya rakyat tidak terjerumus dalam maklumat palsu.

“Kalau pukul 2 pagi keluar fitnah, pukul 6 pagi dah sampai ke ‘WhatsApp group’. Dalam ‘group’ itu pula ada orang kampung, orang tua yang tak dapat maklumat sahih.

“Jadi tanggungjawab saya kalau saya belum tidur, saya akan beri balik penjelasan sebenar supaya ada ‘damage control’,” katanya.

Ujarnya, peranan itu penting kerana mesej yang salah bukan sahaja merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum, malah boleh memudaratkan negara.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan