PDRM tingkatkan kecekapan, keselamatan negara sempena Malaysia teraju Kepengerusian ASEAN

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus bersiap siaga dalam memastikan keselamatan negara kekal terjamin, khususnya selepas Malaysia secara rasmi mengambil alih teraju Kepengerusian ASEAN pada tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Malaysia bakal menjadi tumpuan sebagai tuan rumah bagi program bertaraf antarabangsa dan anggota PDRM digesa tidak leka dengan keamanan serta kedamaian yang telah dikecapi negara ketika ini.

“Sebaliknya perlu terus melengkapkan diri dengan pelbagai cabang kompetensi kepolisan moden. Saya menggesa seluruh warga Sang Saka Biru memperkukuhkan personaliti sebagai penguat kuasa yang berintegriti tinggi

“Setiap warga perlu berdedikasi melaksanakan amanah, mematuhi ketetapan peraturan, bersederhana dalam kehidupan dan istiqamah berbuat kebaikan, bersabar dengan cemuhan serta yakin dengan inayah-Nya,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu yang dimuat naik pada laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, keupayaan dan kecekapan pasukan diuji ketika mengendalikan kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum pada sepanjang tahun lalu, sama ada dari aspek sumber manusia, kelengkapan logistik, tata kelola, teknologi dan sebagainya.

Menurutnya, tahun 2024 mencatatkan kejayaan gemilang buat PDRM hasil usaha gigih setiap jabatan menjalankan fungsi masing-masing selaras Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

“Ia secara tidak langsung menyumbang kepada pencapaian Malaysia pada peringkat antarabangsa, seperti Indeks Keamanan Global (GPI) 2024, apabila negara berada di tempat ke-10 daripada 163 negara.

“Pencapaian itu sekali gus memberi kesan langsung kepada perkembangan ekonomi yang memberangsangkan, hasil keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Razarudin merakamkan
penghargaan kepada seluruh anggota polis atas komitmen, sumbangan, pengorbanan dan semangat tinggi, menggerakkan pelbagai usaha serta inisiatif dalam menghadapi ancaman keselamatan dan ketidaktentuan global yang semakin kompleks.

“Tidak dilupakan juga pembabitan semua pihak pada peringkat antarabangsa, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat atas segala sokongan dan kerjasama dalam usaha memantapkan keupayaan benteng keselamatan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Razarudin berkata, jalinan kolaborasi terbabit perlu diperkukuhkan lagi bagi memenuhi harapan kerajaan dan masyarakat yang menuntut perkhidmatan telus serta berimpak tinggi.

Menurut beliau, peredaran masa menjadikan PDRM semakin matang dan ampuh mendepani pelbagai ancaman jenayah yang berevolusi dengan perkembangan teknologi serta lanskap keselamatan serantau yang tidak menentu.

“Namun, disebabkan pengalaman, peningkatan keupayaan dan semangat taat setia warga Sang Saka Biru kepada raja dan negara menyebabkan PDRM berjaya menangani pelbagai cabaran mendatang.

“Keprihatinan kerajaan kepada PDRM dizahirkan melalui pelbagai inisiatif meningkatkan motivasi warga pasukan, antaranya menaik taraf kediaman dan premis PDRM, memperkukuhkan keperluan sumber manusia dan kelengkapan logistik, memperkasakan keselamatan sempadan serta kenaikan gaji penjawat awam.

“Usaha itu sejajar aspirasi Malaysia Madani bagi memastikan ekosistem sejahtera, disokong warga kerja berdaya cipta, saling menghormati dan ihsan demi kemampanan pasukan,” katanya.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka