Pemilihan PKR: Jangan tambah suhu, leraikan dengan baik – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli dan penyokong supaya tidak membuat kenyataan melampau sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan parti.

Anwar menegaskan bahawa semua pihak perlu menghargai jasa dan pengorbanan calon-calon, khususnya mereka yang bertanding jawatan tertinggi kerana telah lama menyumbang kepada perjuangan parti.

Beliau berkata, walaupun hanya ada beberapa jawatan untuk diisi, semua calon adalah layak dan mempunyai rekod cemerlang, justeru pemilihan perlu dilakukan dengan adil tanpa menimbulkan permusuhan.

“Persaingan di peringkat pusat banyak orang susah hati, saya tak sangat susah hati kerana yang bersaing Timbalan dan Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita itu dalam kalangan sahabat lama yang setia.

“Saya tengok senarai calon Naib Presiden misalnya, ramai yang cukup layak. Kalau saya ada dua tempat untuk Timbalan Presiden misalnya, dua-dua saya sokong, kalau ada 12 tempat Naib Presiden, semua saya sokong.

“Kalau kita lihat semua mereka rekodnya baik, tapi kalau kita tak pilih janganlah rendahkan martabat orang lain, ini disebut adab dan akhlak dalam perjuangan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat PKR Langkawi pada Isnin.

Anwar turut mengingatkan bahawa ramai dalam kalangan calon yang bertanding merupakan rakan seperjuangannya sejak awal penubuhan PKR, dan ahli-ahli terutama yang baharu perlu menghormati sumbangan mereka.

“Yang bertarung itu orang yang banyak berjasa, jadi jangan ambil sikap bermusuh. Jika ada berbeza pendapat kena ada sikap ihsan dan kasih sayang di kalangan kita.

“Sebahagian besar mereka adalah pejuang asal, oleh itu kita jangan tambah tingkatkan suhu kehangatan, kita mesti leraikan dengan baik.

“Walau kita berbeza pendapat dalam suatu perkara, kita tak boleh nafi jasa, khidmat, pengorbanan yang tinggi oleh orang ini,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa PKR dibina atas nilai moral dan prinsip yang tinggi, dimana perkara itu tidak boleh dilupakan dalam apa jua keadaan.

“Saya tak nafikan kadang-kadang keterlanjuran ini menyebabkan orang lupa bahawa teras parti ini adalah soal nilai dan prinsip yang kita perlu jaga, kalau kita sedar hal ini, maka soal akhlak menjadi keutamaan.

“Jangan disebabkan kita berbeza pendapat kita bermusuhan berlebih-lebihan. Kena ada ehsan, ada hadnya, ada susah orang, ada derita yang kita kena fikir keseluruhan aspek ini baru boleh jadi parti dan pimpinan yang adil,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis