Kementerian Komunikasi lancar Kempen Internet Selamat ke Zon Utara

KEMENTERIAN Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan program jelajah Kempen Internet Selamat ke sekolah-sekolah di Zon Utara bagi meningkatkan tahap keselamatan digital dalam kalangan komuniti.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka menjadi lokasi pembukaan bagi zon tersebut, sebelum diperluas ke institusi pendidikan lain di sekitar utara tanah air.

“Kita bermula di SK Ulu Melaka, tapi nanti akan ke 21 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di seluruh daerah Langkawi.

“Niatnya untuk menyampaikan mesej terutama kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk tidak bermain media sosial dan menerapkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang manfaat dan bahaya media sosial dan internet,” katanya selepas menghadiri program Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Menurut Fahmi, program ini dirancang untuk diperluas ke zon-zon lain di seluruh negara, dengan sasaran untuk menjangkau lebih 10,200 buah sekolah menjelang akhir tahun ini.

“Ia bukan perkara yang mudah tapi saya telah minta supaya pihak MCMC manfaatkan hubungan bersama dengan NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional). Kita ada 1,099 NADI di seluruh negara dan ada 1,878 Komuniti Madani bawah Jabatan Penerangan di seluruh negara.

“Kita juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)… dengan Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam untuk digerakkan membantu menyantuni sekolah-sekolah sebagai permulaan,” katanya.

Program pada Isnin ini melibatkan lebih 1,800 peserta termasuk pelajar dari 22 sekolah, para guru, ibu bapa, pemimpin komuniti dan wakil pelbagai agensi berkaitan.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan literasi digital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, khususnya dalam menangani isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital serta eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Untuk tahun ini, lebih 100,000 peserta dari negeri-negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka terlibat dalam pelbagai aktiviti di bawah kempen ini.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan Bidor 2 di Tapah, Perak telah menjadi lokasi pertama pelaksanaan kempen tersebut yang dilancarkan pada 10 April lalu.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri