Kesatuan dalam PKR penting untuk survival parti

SEREMBAN – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membayangkan sebarang perbalahan dalaman berisiko membawa kepada kehancuran kepada parti itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Justeru, beliau menggesa semua ahli parti mengelak sebarang perbalahan, sebaliknya berusaha merapatkan barisan sebaik pemilihan parti berakhir.

“PKR mungkin tidak mampu menangani cabaran mendatang jika wujud sebarang perbalahan kerana ia akan mengakibatkan kita hilang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kritikan utama saya terhadap sistem pilihan raya ialah kita sentiasa bergaduh sesama sendiri.

“Kita perlu terus maju selepas pemilihan ini,” katanya berucap dalam Rapat Umum Akar Umbi sempena Pemilihan PKR di Klana Resort, malam tadi.

Nurul Izzah yang akan mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 berkata, semua pemimpin parti perlu membuat persiapan dari segala aspek dalam tempoh 24 bulan dari sekarang untuk pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyasarkan PKR memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Dalam tempoh 24 bulan akan datang, kita perlu mengukuhkan usaha kita untuk memenangi kerusi marginal.

“Kita perlu memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi marginal,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Ketika ditemui selepas program itu, Nurul Izzah berkata, usaha memperkasa dan memantapkan kesatuan dalam parti itu penting bukan sahaja untuk memastikan kerajaan ketika ini stabil, tetapi berupaya untuk mendekati masyarakat keseluruhannya.

Justeru, beliau berkata, usaha mendekati akar umbi akan terus diberikan tumpuan kerana agenda itu penting sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Nak menang (pilihan raya), kita kena bersedia bermula hari ini. Anak muda perlu diberikan latihan sebagai pewaris kepemimpinan akan datang.

“Mesti ada pasukan yang mampu menggerakkan jentera kerajaan dan meyakinkan pengundi dengan berkomunikasi, supaya setiap usaha yang dibuat itu mampu memberi kesan positif,” katanya yang berhasrat untuk memperkasakan lagi sekolah politik dalam parti itu.

Ditanya mengenai kempen pemilihan yang semakin hangat, beliau melahirkan keyakinan dengan sokongan rakan-rakan.

“Fokus saya adalah memperjuangkan kebersamaan… saya dan sahabat-sahabat akan cuba menggarap semua bakat-bakat yang ada,” katanya.

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis