Pemilihan Amizar sebagai Ahli Lembaga FELDA sangat tepat

KUANTAN – Pelantikan Datuk Amizar Abu Adam sebagai Ahli Lembaga FELDA sangat bertepatan dan sesuai dengan kebolehan dimiliki Exco kerajaan Pahang itu.

Amizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, bukan saja seorang anak peneroka, tapi mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan FELDA sejak sekian lama.

Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pemilihan Amizar juga bersesuaian dengan jawatan disandangnya ketika ini, sebagai Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang.

“Dalam NGO pula, Amizar adalah Presiden Kami Anak FELDA Malaysia (KAF) yang begitu aktif merancang program untuk komuniti FELDA seluruh negara.

“Saya sangat yakin dengan pengalaman dimiliki dalam KAF dan juga pentadbiran kerajaan Pahang, Amizar dapat merancakkan lagi perkembangan sosioekonomi di tanah rancangan,” katanya.

Razak berkata, tanggungjawab sebagai ADUN dan Exco dipegang Amizar ketika ini akan memudahkan banyak urusan berkaitan dan perancangan program di FELDA, terutamanya dalam menyantuni golongan belia.

“Menjadi harapan kami untuk melihat Amizar membawa FELDA, terutama di Pahang, ke peringkat lebih baik di samping memantapkan lagi tadbir urus yang akhirnya membawa keuntungan kepada warga peneroka,” katanya.

Related Posts

Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah

LAHAD DATU – Beberapa laluan utama di daerah ini akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi melancarkan Program Semarak Dakwah Peringkat Daerah Lahad Datu yang berlangsung di Masjid Ar-Raudah pada Sabtu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita maut ketika aktiviti menyelam akibat gelembung gas

KUANTAN – Polis mengesahkan kematian seorang wanita ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Kampung Salang, Pulau Tioman, Rompin pada 19 Julai lalu, berpunca daripada gelembung gas atau udara memasuki saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah

Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah

Wanita maut ketika aktiviti menyelam akibat gelembung gas

Wanita maut ketika aktiviti menyelam akibat gelembung gas

Aktiviti seni medium terbaik satukan masyarakat luar bandar Mukah

Aktiviti seni medium terbaik satukan masyarakat luar bandar Mukah

FCoEE peruntuk RM370,000 biayai penyelidikan asnaf

FCoEE peruntuk RM370,000 biayai penyelidikan asnaf

Malaysia tegas sekat warga Israel – Anwar

Malaysia tegas sekat warga Israel – Anwar