Pemecahan portfolio hal ehwal agama hanya pendirian individu, bukan parti

PUTRAJAYA – Pemecahan portfolio hal ehwal agama seperti yang dibangkitkan seorang Ahli Parlimen Raub baru-baru ini bukan pendirian parti tetapi individu itu sendiri, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, ketua-ketua parti DAP sendiri mengatakan itu bukan pendirian parti tapi itu adalah pendirian Chow Yu Hui (PH-Raub) sendiri sebagai seorang ahli Parlimen.

Menurutnya, Menteri Perpaduan juga mewujudkan satu mekanisme jawatankuasa harmoni yang mengumpulkan wakil daripada pelbagai agama di Malaysia untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan perpaduan.

“Cadangan yang dibangkitkan oleh seorang ahli Parlimen dari RAUB mengenai Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan seperti yang dilaporkan oleh media daripada ucapan beliau di Parlimen.

“Jadi bukan pendirian parti, Kabinet tidak pernah membangkitkan perkara ini. Malah pada waktu ini, jadi saya rasa cadangan beliau tidak berbangkit dan tidak ada keperluan,” katanya pada sidang media pasca Kabinet pada Jumaat.

Sebelum ini pada 12 Februari, seorang Ahli Parlimen blok kerajaan dilaporkan mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Chow Yu Hui (PH-Raub), ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

“Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai Exco Hal Ehwal Bukan Islam. Maka, peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam,” katanya.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos