Pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan berjalan lancar – KBS

KOTA BHARU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pembinaan pembinaan fasiliti sukan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan berjalan lancar.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, semua pembinaan fasiliti itu terutama di Pasir Puteh dan Kota Bharu kini berjalan lancar.

“Kita memang ada lawatan dan memantau teliti perkembangan pembinaan fasiliti sukan itu terutamanya kompleks sukan di Pasir Puteh dan ia harus siap sebelum Sukma Kelantan berlangsung

“Kita akan pastikan semua kemudahan di bawah komitmen KBS akan disiapkan sebelum 2028 terutama Stadium Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh yang kini siap 25 peratus dan menelan belanja RM180 juta,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhsari Muhammad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Adam Adli memberitahu, setakat ini perkembangan pembinaan berbeza mengikut keluasan dan lokasi selain bergantung pada fasiliti yang mungkin mempunyai trek atau sebaliknya.

“Semua itu memerlukan masa tetapi kita yakin akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri KBS, Hannah Yeoh memaklumkan akan memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukma 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.

Kerajaan Kelantan juga dijangka mendapat pemilikan tapak Stadium, Kompleks Sukan Bukit Merbau pada 13 April ini.

Related Posts

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan bekalan diesel sebanyak 200 juta liter yang dilaporkan sedang dihantar ke Australia bukan milik Malaysia. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengesahan itu dibuat selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan