HSN 2024: Golongan warga emas diberi tumpuan

KANGAR – Kerajaan memberi tumpuan khusus kepada golongan warga emas menerusi penganjuran Karnival Sukan Warga Emas sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif tersebut diambil memandangkan Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030 dengan populasi warga emas dijangka terus meningkat.

“Populasi warga emas di Malaysia kini mencecah 11.3 peratus atau kira-kira 3.8 juta orang pada tahun 2023.

“Jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 15.3 peratus menjelang tahun 2030 dan 20 peratus pada tahun 2040,” katanya dalam ucapannya perasmian HSN 2024 peringkat negeri Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Abdul Rashid Yaakub.

Menurutnya, golongan warga emas adalah sebahagian daripada masyarakat yang perlu diberi peluang saksama untuk menikmati aktiviti sukan dan rekreasi.

“Kerajaan amat memahami bahawa golongan warga emas juga merupakan golongan penting yang mempunyai hak dalam aktiviti sukan.

“Ini penting kerana negara yang mempunyai rakyat sihat adalah negara produktif,” katanya.

Menurut Fadillah, program seperti HSN diharap dapat menyemarakkan budaya kecergasan dalam kalangan rakyat.

Katanya, bersukan serta mengamalkan gaya hidup sihat adalah langkah pencegahan terbaik untuk mengurangkan bil kesihatan yang semakin meningkat.

Justeru, kerajaan berharap HSN dapat menjadi platform untuk memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan semua peringkat umur.

Tahun lalu, HSN 2023 berjaya meningkatkan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) kepada 55.0 berbanding 52.0 pada tahun sebelumnya.

Ini membuktikan bahawa HSN mampu memperkukuhkan semangat perpaduan melalui penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi