Pembelian tanah dibuat bersama dalam MAINPP, bukan keputusan individu – Mohamad

KEPALA BATAS – Sebarang keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) termasuk berkait pembelian tanah menggunakan dana zakat diputuskan secara bersama dan bukan dibuat secara individu.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, di peringkat MAINPP keputusan berkaitan zakat akan diputuskan di peringkat jawatankuasa sebelum diangkat ke lembaga pengarah meskipun mesyuarat dipengerusikan olehnya.

Sehubungan itu, katanya keputusan dibuat berhubung pembelian tanah itu mengikut urus tadbir yang jelas dan baik.

“Proses pembelian tanah adalah berdasarkan keputusan lembaga pengarah zakat berkaitan bantuan kepada asnaf sebelum pembelian tanah dibuat menggunakan dana tawaqquf atau lebihan yang diputuskan dalam mesyuarat MAINPP.

“Selain 15 ahli lembaga pengarah zakat, yang turut ada dalam mesyuarat itu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri dan turut melibatkan 17 ahli-ahli majlis MAINPP.

“Oleh itu, keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengarah mengikut urus tadbir yang jelas dan baik, namun isu ini ditimbulkan untuk wujudkan persepsi negatif sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan menuduh beliau seorang diri yang membuat keputusan pembelian tanah menggunakan dana zakat yang kes itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Mohamad mengesahkan belum dipanggil SPRM, namun bersedia memberi sepenuh kerjasama bagi membantu siasatan.

“Sudah semestinya sebagai Yang Dipertua MAINPP dengan dibantu Setiausaha MAINPP kita memberi kerjasama sepenuhnya.

“Mana-mana urusan berkaitan pihak berkuasa, kita serahkan dokumen malah beberapa pegawai telah pun dipanggil SPRM.

“Setakat sekarang saya belum lagi dipanggil pihak berkuasa, namun saya sedia dipanggil untuk memberi kerjasama kerana percaya siasatan dijalankan secara telus,” katanya.

Media melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pembelian tanah menggunakan dana zakat.

End.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM