Melaka negeri pertama terima kunjungan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

AYER KEROH – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memulakan siri lawatan kerja pertama ke Seri Negeri hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan (Unit Dewan dan MMKN), Datuk Haelmy Mohd Hanifah.

Melaka merupakan negeri pertama Program Lawatan Kerja Jelajah Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri sempena Pra Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Melaysia Siri 2024 yang dijadualkan berlangsung pada September depan.

Terdapat perbincangan mengenai Dewan Undangan Negeri selain mengenal pasti cabaran pengurusan sidang DUN Melaka dalam usaha memperkasakan institusi legislatif negara.

Antara lain turut dibincangkan mengenai penubuhan majlis TVET Negeri Melaka yang menjadi langkah strategik bagi memenuhi agenda pemerkasaan TVET di Melaka serta seluruh negara.

Negeri Melaka sendiri mempunyai sebanyak 23 institusi TVET yang sedia menanti anak muda mendapatkan program bimbingan dan kemahiran berprestasi tinggi, selain disokong oleh kawasan industri yang bertapak kukuh di Melaka termasuk kawasan industri terbaharu di German Technology Park (GTP), Bandar Hijau.

Antara lain yang turut dibincangkan seperti ketatanegaraan, pembangunan kepimpinan belia, perkembangan serta pembangunan ekonomi Melaka.

Difahamkan, selepas Melaka Johari akan meneruskan siri lawatan pertemuan bersama Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET