Pembangkang henti fitnah PMX, jangan jadikan Palestin alat politik

PUTRAJAYA – Pembangkang kini cuba menonjolkan diri sebagai `terpaling Palestin’ sedangkan tidak ada langkah konkrit diambil untuk membantu rakyat Palestin ketika berkuasa.

Malah, Naib Ketua Pemuda Amanah, Ammar Atan berkata, Perikatan Nasional (PN) bersikap keterlaluan selepas memutar belit kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri, seperti dalam wawancara bersama CNN.

Menurutnya, tuduhan yang dibuat pembangkang itu adalah palsu dan berniat mewujudkan persepsi negatif untuk mengelirukan rakyat, selain membuktikan hipokrasi PN yang menggunakan Palestin sebagai alat politik.

“Ambil sekerat-sekerat ucapan tanpa dengar keseluruhan, itulah kerja mereka, tetapi dunia tahu siapa yang benar-benar bertindak untuk Palestin.

“Anwar Ibrahim dengan jelas menolak penjajahan Israel, menyeru tindakan tegas komuniti antarabangsa, dan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin di setiap platform global,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penularan keratan video temubual Anwar bersama Richard Quest dalam wawancara dengan CNN, baru-baru ini sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap perjuangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam memperjuangkan rakyat Palestin.

Beberapa portal propembangkang sebelum ini mendakwa Anwar membuat kenyataan kononnya menerima hak kewujudan negara haram Israel dalam temu bualnya bersama CNN baru-baru ini yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, video wawancara itu telah dipotong dan disebarkan seluas-luasnya seolah-olah menunjukkan kerajaan mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Mengulas lanjut, Ammar memaklumkan,
Kerajaan Madani hari ini bukan sekadar bercakap ‘kosong’ tetapi mengambil tindakan nyata dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin, yang secara komited
telay menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf Israel, menolak penjajahan dan menuntut dunia bertindak menghentikan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Malah, jelas beliau, Malaysia di bawah kepimpinan Anwar terus kekal komited dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di pentas antarabangsa.

“Sebagai bukti, Anwar baru-baru ini dijemput menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh yang menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam usaha menghentikan kekejaman Israel serta menyuarakan keperluan penyelesaian berasaskan keadilan.

“Justeru, kami menyeru semua pihak, termasuk pembangkang, untuk menghentikan eksploitasi isu Palestin demi kepentingan politik sempit dan bersama menyokong usaha ke arah keadilan dan keamanan sejagat.

“Malaysia tetap berdiri teguh bersama rakyat Palestin. Keamanan hanya akan tercapai apabila keadilan ditegakkan,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh