Pahang tutup sementara lokasi ekopelancongan berisiko

KUANTAN – Semua kawasan ekopelancongan di Pahang ditutup sementara sepanjang Monsun Timur Laut yang diramal bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan.

Arahan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) itu membabitkan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur JPNP, Muhamad Rahman Mustafa berkata, penutupan sementara itu bermula 21 Oktober lalu sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

“Turut dilarang aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal membabitkan aktiviti seperti perkhemahan, memancing, perkelahan dan pendakian.

“Bagaimanapun arahan penutupan ini tidak membabitkan Taman Eko Rimba Mossy Forest di Cameron Highlands.

“Semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini,” katanya.

Tambahnya, pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Jelasnya, jabatan itu sentiasa mengambil berat keselamatan pengunjung yang berada dalam kawasan pelancongan di bawah selian JPNP dan keputusan menutup sementara perlu dilakukan demi keselamatan orang ramai.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen