Pembangkang berdepan kemerosotan sokongan, kejutan politik dijangka

PEMBANGKANG didakwa sedang mengalami kemerosotan sokongan yang ketara susulan krisis dalaman dan pergelutan kepimpinan yang berpanjangan, kata pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen.

Beliau berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) kini berada dalam fasa lemah dan berdepan defisit sokongan yang semakin membesar berdasarkan pemerhatian lapangan, analisis trend pilihan raya kecil (PRK) serta maklumat risikan tidak rasmi.

“Jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang, PN berisiko kehilangan sehingga 60 peratus pegangan kerusi melibatkan Bersatu dan Pas,” katanya menerusi siarang langsung di Facebook.

Mengulas lanjut, Raggie berkata, antara faktor utama kemerosotan itu ialah penyokong tegar yang dijangka tidak keluar mengundi selain berlakunya peralihan undi kepada UMNO.

Beliau turut mendakwa beberapa PRK kebelakangan ini memperlihatkan tanda-tanda awal peralihan sokongan, termasuk pengurangan pusat daerah mengundi (PDM) yang sebelum ini dikuasai Pas.

Mengulas lanjut, Raggie berkata krisis kepimpinan dalam Bersatu dan Pas menjadi pemangkin kepada kemerosotan tersebut.

Dalam Bersatu, beliau mendakwa wujud pertembungan antara kem dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menjejaskan kestabilan dalaman parti.

“Ketidaktentuan hala tuju dan pergeseran dalaman ini menyebabkan prestasi PN merosot. Tanpa strategi jelas, serangan politik semata-mata tidak mencukupi untuk memulihkan keyakinan pengundi,” katanya.

Beliau berpandangan, sekiranya krisis itu berlarutan, Bersatu berdepan risiko kehilangan sebahagian besar kerusi pada pilihan raya akan datang, manakala Pas turut terkesan akibat sentimen akar umbi yang semakin kritikal terhadap kepimpinan parti.

Tambahnya lagi, kemerosotan tersebut sukar dielakkan sekiranya tiada penyelesaian segera dicapai dalam konflik dalaman gabungan itu.

Raggie turut menjangkakan satu perkembangan besar bakal berlaku dalam masa terdekat yang tidak akan menguntungkan pembangkang, namun enggan memperincikan perkara tersebut.

Beliau menegaskan analisis itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan penilaian semasa, serta situasi politik masih boleh berubah bergantung kepada perkembangan akan datang.

Pergolakan dalam pembangkang ketika ini banyak tertumpu kepada dinamika dalaman PN yang diterajui Bersatu dan Pas.

Bersatu dilihat berdepan ketegangan antara kem Muhyiddin dan Hamzah, yang mencetuskan spekulasi perpecahan serta menjejaskan hala tuju parti.

Dalam masa sama, Pas turut dikatakan berdepan perbezaan pandangan dalaman berkaitan strategi dan kedudukan dalam gabungan, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan keseluruhan blok pembangkang.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MeSRa dan WRUR perlu dipergiat menjelang PRN Melaka

MASJID TANAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Kerajaan Perpaduan di Melaka diseru mempergiat usaha mendekati rakyat dengan turun padang dan melaksana pelbagai program kebajikan menjelang kemungkinan pembubaran Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat