China bantah peluasan penempatan Israel di Tebing Barat

CHINA pada Khamis menegaskan bantahan terhadap peluasan penempatan haram baharu oleh Israel serta peraturan baharu yang dilihat memperkukuh kawalan negara itu ke atas wilayah pendudukan Tebing Barat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, Gaza dan Tebing Barat merupakan bahagian yang tidak terpisahkan daripada wilayah Palestin, manakala penyelesaian dua negara kekal sebagai asas utama dalam menyelesaikan isu Palestin.

Menurut laporan media milik kerajaan, Global Times, China secara konsisten menentang pembinaan penempatan baharu di wilayah Palestin yang diduduki serta sebarang usaha pengilhakan atau pencerobohan yang boleh menggugat asas politik penyelesaian dua negara, lapor Anadolu.

Beliau turut menegaskan situasi semasa di Gaza masih rapuh dan semua pihak berkepentingan perlu mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi ketegangan atau mencetuskan peningkatan konflik.

Kenyataan itu dibuat selepas Kabinet Keselamatan Israel meluluskan beberapa langkah pada Ahad lalu bagi memperluas pembinaan penempatan haram serta meningkatkan kawalan pentadbiran Tel Aviv di Tebing Barat.

Menurut laporan media Israel, keputusan itu termasuk pemansuhan undang-undang yang sebelum ini melarang penjualan tanah di Tebing Barat kepada peneroka haram Israel, pembukaan rekod pemilikan tanah serta pemindahan kuasa meluluskan permit pembinaan di blok penempatan berhampiran Hebron daripada pihak berkuasa perbandaran Palestin kepada pentadbiran sivil Israel.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16