Pemandu van maut tersepit, bertembung dengan trak pikap

SEMPORNA – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas tersepit dalam nahas pertembungan dua kenderaan di Jalan Kalumpang Kilometer 51, Jalan Semporna-Tawau di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 7.32 pagi.

“Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Van Nissan Urvan yang bergerak dari arah Semporna ke Tawau bertembung dengan trak pikap Toyota Vigo yang menuju ke arah bertentangan.

“Seramai tujuh anggota bomba tiba di lokasi pada pukul 8.07 pagi bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan ‘Rescue Trafic Accident’.

“Bagaimanapun, mangsa Taufik Baco, pemandu van Nissan Urvan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan itu.

Jelas Madzlan, seorang lagi mangsa tersepit dalam trak pikap Vigo turut berjaya dikeluarkan pihak bomba.

“Pemandu Vigo, Mohd Zaki Abd Nasip mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Semporna menggunakan ambulans.

“Operasi keseluruhan kemudian ditamatkan pada pukul 8.50 pagi selepas dipastikan tiada lagi bahaya lain,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM