
KOTA KINABALU – Beberapa jalan ditutup sementara di bandar raya Kota Kinabalu (KK) sempena Program KK Cleanup Day 1.0 yang akan berlangsung pada 11 Januari, Sabtu ini.
Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), antara lokasi yang ditutup sementara ialah Pasar Besar KK, Pasar Ikan KK, tempat letak kereta Pasar Besar KK, D’Walai Haruman, D’Walai Mata Biru, D’Walai Mutiara, D’Walai Suri dan D’Walai Cincin Anjung Kinabalu.
“Penutupan itu bermula pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Ia adalah bertujuan untuk menjayakan Program KK Cleanup Day 1.0: Bandaraya Kota Kinabalu,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.
Kawasan yang terlibat akan beroperasi seperti biasa sebaik kerja-kerja pembersihan selesai dilaksanakan.






