Pemandu maut tersepit dalam nahas dua kenderaan

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Taman Puteri Wangsa di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I, Sufian Mohamed Lis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai S Siralan, 50, ditemui tersepit dalam Nissan Navara dipandunya.

“Setiba di tempat kejadian, kami dapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah Perodua Myvi dengan sebuah Nissan Navara.

“Pemandu Nissan Navara didapati tersepit di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri. Kami bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Myvi, S Hemend Raj, 30, pula tidak cedera.

Menurut Sufian, seramai 10 anggota dari BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat