Kompleks Pendidikan Tekek terima peruntukan khas

KUANTAN – Kerja naik taraf Kompleks Pendidikan Tekek, dekat Pulau Tioman antara diberi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kompleks pendidikan itu menerima peruntukan khas bagi naik taraf tangki dan paip.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika melakukan lawatan ke Pulau Tioman, semalam.

Perkara itu dikongsi Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly melalui Facebooknya.

“Terima kasih banyak atas kunjungan YB Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri, Wong Kah Woh bersama warga kerja KPM ke Kampung Mukut dan Kampung Tekek semalam.

“Alhamdulillah, suara dan hasrat hati warga Tioman sangat didengari oleh kerajaan Madani kerana buat julung kalinya YB Menteri Pendidikan turun ke sini,” katanya.

Selain kelulusan kerja naik taraf kompleks pendidikan itu, turut diumumkan adalah peruntukan untuk perolehan dua unit bot laju berkuasa tinggi untuk sekolah sekitar Pulau Tioman.

Selain itu, permohonan sebanyak 10 unit bot optimis juga diluluskan.

Mohd Fadzli berkata, permohonan bagi pembinaan kuarters guru dan bangunan khas akan diberi keutamaan dalam penyediaan belanjawan tahun hadapan.

“Terima kasih KPM kerana memandang kami di Pahang,” katanya yang turut berkongsi bahawa Fadhlina dan Kah Woh adalah ‘senior’ dan ‘junior’ beliau ketika belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data