Ekonomi negara diramal terus berkembang

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

“Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesetan AS terhadap ekonomi negara.

Katanya, unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara akan berkembang 5.0 peratus pada separuh pertama 2024, berada pada tahap tertinggi berbanding jangkaan Kementerian Kewangan sebanyak 4.0 peratus – 5.0 peratus.

“Sebab itulah, ringgit meningkat, bukan sahaja kerana AS ingin menurunkan kadar faedah tetapi turut kerana dasar yang bagus dibangunkan oleh kerajaan.

“Kita lihat ada banyak perkembangan yang baik dan tahap keyakinan juga meningkat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kejatuhan pasaran saham global semalam berikutan pembetulan berlebihan dan bersifat sementara dengan prestasi Bursa Malaysia dilihat pulih hari ini.

“Ia berlaku di seluruh dunia kerana beberapa peristiwa yang berlaku seperti unjuran kadar pengangguran AS yang tinggi sedikit menyebabkan keyakinan berkurangan.

“Terdapat juga jangkaan AS akan menurunkan kadar faedah.

“Kita lihat ada pegangan yang diambil, justeru, pasaran turun kerana ‘settlement’ (penjualan) yang berlaku,” katanya.

Related Posts

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KUSKOP peruntuk RM1.5 juta pada usahawan SDSI Sabah tahun ini

TAWAU – Sebanyak RM1.5 juta disalurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi pembangunan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Sabah, tahun ini.  Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi