Pemandu lori kontena sejuk beku maut rentung, lori terbabas dan terbakar

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki ditemukan rentung selepas lori kontena sejuk beku membawa muatan sayur-sayuran yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 254 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 3.19 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori kontena sejuk beku jenis Volvo membawa muatan sayur-sayuran yang terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.

“Kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 90 peratus bahagian hadapan dan 20 peratus bahagian belakang kenderaan.

“Seorang lelaki berusia 64 tahun ditemui rentung di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ketua operasi di lokasi melaksanakan penilaian situasi sebelum mengaplikasikan Konsep RECEO merangkumi langkah menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang rentung,” jelasnya.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.07 pagi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM