MoF sangkal dakwaan Petronas kaut 95 peratus hasil petroleum dari Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) menyangkal dakwaan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keuntungan sebenar Petronas adalah jauh lebih rendah daripada 10 peratus selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan yang perlu ditanggung syarikat tersebut.

Katanya, industri petroleum dibangunkan menerusi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) antara Petronas dan pelabur.

“Dalam setiap bentuk PSC, Petronas diwajibkan membuat bayaran tunai tetap sebanyak lima peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan lima peratus kepada kerajaan negeri, berdasarkan jumlah pengeluaran kasar.

“Selepas mengambil kira bayaran 10 peratus itu, kira-kira 80 peratus daripada hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran termasuk kos operasi, modal penerokaan dan modal pembangunan,” katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen PH Miri, Chiew Choon Man berhubung dakwaan Petronas mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak manakala negeri-negeri itu hanya menerima lima peratus royalti sepanjang 50 tahun lepas.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah memaklumkan, baki sekitar 10 peratus hasil tersebut merupakan peruntukan kasar yang dikongsi antara Petronas dan pelabur selepas cukai.

Katanya, kerajaan negeri turut mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum yang tidak termasuk dalam pengiraan hasil keseluruhan tersebut.

“Dakwaan kononnya Petronas mengambil bahagian hasil sehingga 95 peratus adalah tidak berasas dan tidak menggambarkan struktur sebenar pembahagian hasil industri petroleum negara,” katanya.

Related Posts

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

BANDAR BARU BANGI – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi diterima berhubung nasib rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta