6 lot kedai, kereta terbakar di Tawau

TAWAU – Sederet enam lot bangunan kedai jenis tidak kekal dan sebuah kenderaan terbakar dalam kejadian di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4, di sini, awal pagi Rabu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi. 

“Sebaik tiba, pasukan Bomba menjalankan pemadaman menggunakan dua aliran tiga pancutan 300 kaki sumber air dari tangki jentera. 

“Enam lot kedai musnah 80 peratus, sebuah kenderaan Axia terbakar 10 peratus manakala dua lot kedai dalam deretan bangunan berjaya diselamatkan daripada turut dijilat api,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu. 

Menurut Jemishin, sebaik memastikan kawasan sekitar selamat, operasi kemudian ditamatkan pukul 5.58 pagi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM