Pemandu lori batu ditahan semula babitkan kes curi lembu

TELUK INTAN – Pemandu lori muatan batu yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula selepas selesai membuat pembayaran ikat jamin, pada Isnin.

Difahamkan, dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada jam 12 tengah hari.

Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikannya yang dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung dikenali, Roslan, 62.

Masing-masing membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah hari di perkarangan Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.

Ujarnya, tangkapan itu dibuat ekoran laporan yang diterima pada 14 April lalu daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan kehilangan dua ekor lembu di Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang.

Penahanan semula pemandu lori itu bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa (esok) bagi permohonan reman untuk membantu siasatan bersabit kes curi lembu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,”katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jumaat lalu, di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45,selaku pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan menyebabkan kematian sembilan anggota FRU minggu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak sebagai Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kesemua pertuduhan.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis