Peluang kedua bekas banduan bermula di Dataran Sekilau

KUANTAN – Jabatan Penjara Pahang mengalu-alukan majikan yang berminat mengambil banduan menerusi program Orang Bebas Berlesen (OBB) sebagai pekerja demi memberi peluang kedua kepada golongan itu diterima masyarakat.

Pengarah Penjara Pahang, Datuk Abu Hasan Hussain berkata, ia selari dengan matlamat pihaknya untuk mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap prospek dan memberikan mereka semangat kembali menjalani kehidupan normal.

Abu Hasan berkata, antara majikan yang juga penganjur Bazar Aidilfitri MADANI Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau, dekat Kuantan, boleh dijadikan contoh.

“Pihak penganjur bazar ini mengambil enam individu OBB sebelum ini dan pada tahun ini mereka menyediakan 10 peluang kerja kepada prospek.

“Hasil tinjauan dilakukan, kesemua prospek didapati ceria dan bersemangat untuk bekerja bagi membantu keluarga menjelang Aidilfitri dan kami amat berterima kasih kepada majikan mereka kerana memberi kepercayaan ini,” katanya pada Program Outreach Jabatan Penjara Pahang bersama Komuniti di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.

Abu Hasan berkata, setakat ini terdapat lebih 50 majikan di Pahang mengambil OBB bekerja dalam pelbagai bidang antaranya perkhidmatan, perkilangan dan perladangan.

Sementara itu, penganjur bazar berkenaan, Shafieq Johari berkata persepsi negatif masyarakat terhadap banduan dan bekas banduan harus diperbetulkan bagi membantu golongan itu kembali diterima masyarakat.

“Bagi saya mereka yang diambil bekerja sebagai petugas kebersihan di bazar ini cukup komited bekerja dan dalam tempoh terbabit langsung tiada aduan diterima daripada peniaga berkaitan mereka.

“Mereka juga didapati lebih mudah faham arahan berbanding pekerja lain, melakukan kerja tanpa disuruh dan benar-benar mahu bekerja demi mengubah diri dan keluarga,” katanya.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang