Bangunan runtuh, penduduk cemas gempa 7.7 magnitud

BANGKOK – Sebuah bangunan tinggi sedang dalam pembinaan di Bangkok, Thailand runtuh selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Thailand dan negara jiran, Myanmar, tengah hari tadi.

Video tular di media sosial menunjukkan bangunan bertingkat dengan kren di atasnya ‘rebah ke tanah’ diselubungi debu tebal, sementara orang ramai menjerit dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Salah satu rakaman paling mencemaskan memaparkan sebuah bangunan pencakar langit yang masih dalam pembinaan runtuh sepenuhnya, dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya 43 individu hilang dalam insiden tersebut

Polis memaklumkan kepada Associated Press (AP) bahawa mereka sedang bertindak di lokasi kejadian berhampiran Pasar Chatuchak, namun belum dapat memastikan jumlah pekerja yang berada di tapak pembinaan ketika runtuhan berlaku.

Gegaran itu disusuli dengan gempa susulan berukuran 6.4 magnitud, menyebabkan penduduk di sekitar Bangkok dinasihatkan supaya kekal berada di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan pusat geosains Jerman (GFZ), melaporkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman cetek sekitar 10 kilometer dengan pusat gempa di Myanmar, menurut laporan awal.

Related Posts

Trump pelawa Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • SitiSiti
  • January 19, 2026

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, selaku Pengerusi Lembaga Keamanan Gaza, menjemput Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, untuk menyertai badan antarabangsa itu, menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad. Jurucakap kementerian berkenaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza umum jawatankuasa bagi pelan pemulihan
  • SitiSiti
  • January 19, 2026

JAWATANKUASA Kebangsaan Palestin bagi Pentadbiran Gaza secara rasmi mengumumkan senarai ahlinya pada Sabtu, dengan operasi awal akan bermula dari Kaherah sebelum dipindahkan ke Gaza bagi melaksanakan pelan bantuan kecemasan. Pengerusinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri