Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung Moh Karnival Makmur Temerloh

TEMERLOH – Orang ramai di Temerloh dan sekitarnya dijemput memeriahkan Moh Karnival Makmur Temerloh yang berlangsung di Dataran Temerloh, di sini.

Program yang julung kali diadakan itu berlangsung bermula hari ini hingga 28 Julai dengan menyediakan pelbagai aktiviti buat para pengunjung.

Bertemakan kesihatan, sebanyak 15 aktiviti disediakan yang perlu dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Seorang pengunjung, Muhammad Haziq Ahmad Zamri, 26, yang ditemui berasa teruja untuk menyertai beberapa aktiviti.

Menurutnya, reruai pemeriksaan kesihatan menjadi sasarannya kerana dia seorang amat menitikberatkan kesihatan diri.

Selain itu, dia turut akan menyertai aktiviti berkonsepkan kecergasan seperti aerobik dan ‘chairobic’.

Kanak-kanak terlibat sedang menyertai Pertandingan Jump Rope.

“Bukan selalu karnival seperti ini diadakan dan saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya.

“Lebih-lebih lagi ia bertemakan kesihatan, sudah tentu ia banyak memberi kelebihan kepada penduduk setempat dalam mendidik budaya menjaga kesihatan diri,” katanya.

Selain aktiviti berbentuk kesihatan dan kecergasan, aktiviti lain berkonsepkan keluarga dan kebudayaan turut disediakan.

Pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang disediakan penganjur buat para pengunjung yang menyertai aktiviti berkaitan.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM