Pelari Sabah cabar jaguh dunia di Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2025, Ahad ini

KOTA KINABALU – Pelari Sabah bakal berentap dengan jaguh dunia dalam Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-32 yang dijadual berlangsung pada 19 Oktober, Ahad ini, sekali gus mengangkat nama negeri di pentas global.

Antara pelari tempatan yang akan mewakili Sabah ialah Walter Herman, juara bertahan kategori elit lelaki tahun lalu; Daved Simpat, juara kategori veteran lelaki; serta Milton Amat, pemenang tempat ketiga kategori elit lelaki 2024.

Mereka bakal bersaing dengan pelari elit antarabangsa daripada 27 negara, termasuk Jepun, Perancis, Itali, Sepanyol, Rusia dan Amerika Syarikat, dalam perlumbaan gunung yang diiktiraf antara paling mencabar di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Julinus Jeffery Jimit berkata, penyertaan pelari Sabah bersama atlet antarabangsa membuktikan kemampuan rakyat tempatan bersaing di peringkat tertinggi.

“Edisi kali ini akan menyaksikan kepulangan juara bertahan tahun lalu, iaitu Walter Herman (Kategori Elit Lelaki) dan Daved Simpat (Kategori Veteran Lelaki), kedua-duanya dari Sabah, serta Sandi Menchi Abahan dari Filipina (Kategori Elit Wanita).

“Rekod perlumbaan masih dipegang oleh pelari legenda dari Sepanyol, Kilian Jornet Burgada, dengan catatan masa 2 jam 39 minit 10 saat yang dicapai pada tahun 2007  merupakan satu rekod yang belum dipecahkan hingga kini.

“Antara pelari elit yang menjadi tumpuan tahun ini ialah Luca De Pero dari Itali, kini berada di tangga pertama Skyrunner® World Series (SWS) 2025, serta Anastasiia Rubstova Yurievna dari Rusia, yang berada di tangga ketiga bagi kategori wanita,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Rabu.

Acara tahunan itu turut menjadi sebahagian daripada SWS dan berdaftar secara rasmi dengan International Trail Running Association (ITRA), membolehkan peserta memperoleh mata ranking antarabangsa untuk kelayakan ke perlumbaan gunung utama dunia.

Tambahnya, dalam kategori veteran lelaki, pelari Sabah seperti Saprey Sumping (naib johan kategori veteran lelaki 2024) dan Milton Amat (tempat ketiga kategori elit lelaki 2024) turut dijangka memberikan saingan sengit bersama Daved Simpat, menjadikan kategori ini antara yang paling dinantikan.

Menurut Julinus, Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu terus menjadi antara acara sukan berprestij di Sabah, bukan sahaja menonjolkan ketahanan dan semangat juang atlet, tetapi juga keindahan semula jadi Gunung Kinabalu kepada dunia.

“Acara ini melambangkan ketahanan, perpaduan dan kebanggaan kita terhadap warisan semula jadi Sabah,” ujarnya.

Perlumbaan sejauh 24.5 kilometer (km) itu akan bermula di Taman Kinabalu, melibatkan pendakian ekstrem ke puncak setinggi 4,095.2 meter dari paras laut, sebelum peserta menuruni laluan teknikal sepanjang 12.25 km.

Climbathon 2025 dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah melalui anak syarikatnya Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd., dengan kerjasama Taman-Taman Sabah serta sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sebagai sebahagian persiapan menuju Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti