Pelari pecut 100 meter tumbang ketika saringan

PARIS – Pelari pecut Sudan Selatan, Lucia Moris terpaksa diusung keluar selepas cedera ketika acara saringan 100 meter wanita di Olimpik Paris.

Moris, 23, yang bermula baik dalam saringan berkenaan, tiba-tiba hilang keseimbangan dan tumbang ketika perlumbaan berbaki 30m.

Pasukan perubatan meluru ke atas trek untuk memberi bantuan selepas perlumbaan tamat, sebelum mengusung Moris keluar beberapa minit kemudian.

Pelari Congo, Natacha Ngoye memenangi saringan berkenaan dengan catatan 11.34 saat.

Moris beraksi di temasya Olimpik keduanya selepas Tokyo tiga tahun lalu, di mana dia adalah pemegang bendera kontinjen negaranya.

Sudan Selatan masih belum memenangi sebarang pingat sejak kali pertama menyertai temasya Olimpik di Rio lapan tahun lalu.

Related Posts

Sabah FC sokong usaha perkasa ekosistem Liga Malaysia

KOTA KINABALU – Sabah FC menyokong segala usaha ke arah penambahbaikan ekosistem liga dan komited memainkan peranan secara profesional demi kepentingan bersama. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Sabah Football Club,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maguire kekal di United semusim lagi

PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire terus kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi selepas menandatangani kontrak lanjutan baharu selama setahun. Pemain England berusia 33 tahun itu sebelum ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis