Draf peruntukan untuk pembangkang sudah siap

PUTRAJAYA – Draf memorandum persefahaman (MoU) membabitkan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang sudah siap dan sedia diserahkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk menyerahkan draf berkenaan kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Katanya, sekiranya pembangkang bersetuju dengan persefahaman itu, mereka akan menubuhkan satu jawatankuasa mesyuarat untuk ke tahap seterusnya.

“Draf perjanjian akan diserahkan kepada Takiyuddin untuk diambil maklum dan jika bersetuju, kita akan ‘set’ (tubuhkan) jawatankuasa mesyuarat antara pembangkang dan kerajaan dalam masa terdekat ini.

“Perjanjian ini juga sudah sedia dan saya akan bagi arahan kepada pegawai (untuk diserahkan,” katanya selepas merasmikan program Car Free Day (CFD), di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan media mengenai arahan Perdana Menteri untuk peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang segera diselesaikan.

Bulan lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

Katanya, ia memandangkan syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan dan amalan demokrasi.

Related Posts

Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026