DAP nafi gagal dekati pengundi Cina di Sg Bakap

DAP menafikan dakwaan parti itu gagal mendekati pengundi Cina secara berkesan di Sungai Bakap, yang membawa kepada kerugian kerajaan di sana.

Tuduhan sedemikian tidak boleh diterima, kata Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye.

“Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan – Pakatan Harapan (PH) telah bekerja keras dan memberi sokongan padu kepada calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) ini.

“Tidak kurang juga pemimpin DAP turun ke Sungai Bakap untuk berkempen tanpa jemu sepanjang tempoh berkempen,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

H’ng menggesa kerajaan menerima keputusan pilihan raya kecil itu dan meneruskan usaha untuk meyakinkan pengundi daripada menuding jari antara satu sama lain.

Beliau merujuk kenyataan pengerusi Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang menyatakan UMNO telah melakukan yang terbaik untuk membantu PH namun mendakwa sebaliknya bagi DAP.

Mustapha

Kata Mustapha, pihaknya mendapat maklumat pengundi Cina gagal didekati oleh pemimpin DAP dengan ada yang tidak tahu pun ada PRK di Sungai Bakap.

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan peningkatan majoriti dan bahagian undi pada PRK itu, apabila peratusan keluar mengundi yang lebih rendah tidak menyebelahi PH.

PN menggembar-gemburkan kemenangannya sebagai tanda rakyat Malaysia, termasuk bukan Melayu, menolak kerajaan Madani pimpinan PH.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, analisis awal menunjukkan peratusan pengundi Melayu 70 peratus manakala hanya 47 peratus pengundi Cina dan 58 peratus pengundi India yang mengundi.

Sementara itu, H’ng mendakwa perubahan yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan sukar diterima menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Perpaduan akan terus menggiatkan usaha membela nasib rakyat, melaksanakan dasar untuk kepentingan rakyat supaya semua orang dapat merasai reformasi yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Kata H’ng lagi kerajaan akan terus mendengar pandangan yang disuarakan oleh akar umbi bagi mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan daripada rakyat Malaysia.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Nor Zamri Latiff yang juga ketua PAS Bahagian Nibong Tebal pada 24 Mei lalu.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James