Pegawai Kesuma perlu turun padang selesai masalah pekerja

PEGAWAI di Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) diminta turun ke setiap negeri untuk mendengar sendiri pandangan dan menyelami masalah dihadapi pekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata ia selaras aspirasi 3K Kesuma, iaitu meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

“Kita harus bersama-sama pekerja kerana tidak guna kita berada dalam bilik yang berpenyaman udara, berada dalam pejabat di Putrajaya… kita harus turun ke negeri-negeri tidak kiralah Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kelantan.

“Semua negeri kita akan turun padang untuk mendengar pandangan pekerja, memahami kesusahan pekerja dan kemudian menyelesaikan masalah mereka,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali Kesuma dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) 2024 di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di Georgetown, malam tadi.

Sementara itu, Sim berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan masyarakat India.

Katanya, ia antara lain dibuktikan menerusi pelaksanaan program peningkatan kemahiran, Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) yang membabitkan dana berjumlah RM30 juta.

Beliau berkata, program inisiatif Kesuma dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) itu diwujudkan khusus bagi membantu anak muda dalam komuniti belia India meningkatkan kemahiran dalam bidang seperti robotik, kecerdasan buatan (AI), komputer serta pendigitalan, sekali gus berpeluang meraih gaji lebih tinggi.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman