Pegawai imigresen didakwa, makan rasuah sejak 2018

KUANTAN – Seorang pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 22 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM47,600 antara 2018 dan 2021.

Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga 10, tertuduh yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Risikan Temerloh, ibu pejabat Imigresen Pahang, didakwa menerima suapan antara RM900 dan RM3,000 daripada dua individu.

Semua suapan berjumlah RM15,800 itu sebagai dorongan mendedahkan maklumat operasi serbuan imigresen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Temerloh antara 28 Mac 2018 dan 30 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan 11 hingga 22, Kamarul Amilin menerima sesuatu benda berharga iaitu wang antara RM1,000 dan RM5,000 yang dipindahkan secara dalam talian di bank sama tanpa balasan daripada dua individu yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh bermula 2 Januari 2018 sehingga 8 November 2021, berjumlah RM31,800.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa SPRM Pahang, Kamariah Seman menawarkan jaminan berjumlah RM20,000.

Bagaimanapun, peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya.

Sazlina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan 29 April untuk sebutan semula kes.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa