28 sekolah di Penampang terima bantuan RM230,000 daripada YBR

PENAMPANG – Sebanyak 28 buah sekolah rendah, menengah dan sekolah pendidikan khas kawasan Penampang menerima bantuan sejumlah RM230,000 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, pemberian bantuan tersebut adalah komitmen beliau dan kementeriannya dalam menggerakkan program pembangunan pendidikan Parlimen Penampang.

Katanya, daripada 28 buah sekolah, empat sekolah menengah dan 24 sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Penampang.

“Setiap sekolah menengah menerima bantuan sebanyak RM10,000 dan sekolah rendah menerima bantuan sebanyak RM5,000.

“Manakala dua sekolah menengah dan lima sekolah rendah yang melaksanakan program pendidikan khas (PPKI) turut menerima tambahan bantuan sebanyak RM10,000 setiap sekolah,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan tersebut, di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Theresa Inobong, di sini pada Khamis.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata pemberian bantuan ini dimulakan sejak tahun 2023 dan dilaksanakan setiap tahun sehingga kini di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara (Perspektif KUSKOP).

“Saya berharap ini dapat membantu pihak sekolah, guru-guru dan PIBG dalam melengkapkan usaha ‘the whole government approach’ pembangunan sektor pendidikan negara,” katanya.

Sebagai Ahli Parlimen Penampang, beliau turut meluluskan peruntukan RM50,000 di bawah peruntukan Ahli Parlimen kepada SK St Theresa Inobong bagi membantu keperluan kelengkapan di sekolah seperti yang dimohon oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina