Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Indonesia

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Indonesia, lewat petang tadi.

Dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta itu, pasangan negara yang berada di ranking keempat dunia menampilkan aksi bersemangat tinggi menundukkan gandingan China, Li Yi Jing dan Luo Xu Min dalam tempoh 64 minit.

Bagaimanapun, gandingan di ranking keempat dunia itu cemas pada set pertama apabila tewas 12-21, sebelum bangkit memberi asakan kepada lawan dalam set kedua untuk menang 21-17.

Beraksi di set penentuan, mereka mengawal permainan sepenuhnya dan mempamerkan aksi dominan untuk menundukkan pasangan China di ranking keenam dunia itu 21-11 sekali gus mengesahkan tempat ke final.

Pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Pearly-Thinaah berdepan cabaran getir apabila mereka akan menentang sama ada pasangan pilihan utama kejohanan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti