PDRM Perlis selesaikan 105.48% jenayah kekerasan sepanjang 2024

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis mencatatkan kadar penyelesaian jenayah kekerasan melebihi 100 peratus sepanjang tahun 2024 sekaligus menunjukkan usaha gigih pasukan keselamatan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat negeri Perlis.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata sejumlah 73 kes jenayah kekerasan direkodkan tahun ini dengan kadar penyelesaian sebanyak 105.48 peratus, hasil tindakan pantas dan kecekapan anggota serta pegawai polis.

“Kes bunuh, samun, dan rogol semuanya berjaya diselesaikan dengan kadar luar biasa. Ini membuktikan komitmen pasukan kami dalam memastikan Perlis terus aman.

“Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis turut mencapai kejayaan besar dalam operasi khas seperti Ops Kabel, di mana enam lelaki berjaya ditahan kerana mencuri kabel milik Telekom Malaysia.

“Dalam operasi ini, tindakan tegas diambil, termasuk melepaskan tembakan selepas suspek cuba mencederakan anggota polis. Semua suspek kini telah dituduh di mahkamah,” katanya selepas perbarisan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Jelasnya lagi, polis Perlis turut memberi tumpuan kepada jenayah komersial yang menunjukkan peningkatan terutama dalam kes penipuan dalam talian. Kerugian dilaporkan berjumlah RM7.6 juta, dengan kes telefon scam dan pelaburan palsu mendominasi senarai.

“Kesedaran masyarakat masih perlu dipertingkatkan melalui program pencegahan jenayah. Tahun ini, kita telah melaksanakan 84 program termasuk ceramah dan sesi Meet & Greet bersama komuniti.

“Selain itu, jenayah narkotik juga menjadi fokus, dengan sejumlah 2,699 kes direkodkan sepanjang tahun. Rampasan besar melibatkan ganja, syabu, dan daun ketum bernilai lebih RM77 juta berjaya dilakukan,” ujarnya

“Kerjasama erat dengan agensi luar akan terus diperkukuh bersama pihak berkuasa Thailand bagi memastikan kawalan sempadan lebih efektif pada masa depan,” jelas beliau.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi