Lebih 1,500 guru baharu di Sarawak mula bertugas Januari 2025

KUCHING – Lebih 1,500 guru baharu di Sarawak bakal memulakan tugas mereka di penempatan masing-masing pada pertengahan Januari 2025.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak (JPNS) Omar Mahli, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sudah menyelesaian proses temu duga dan keputusan sudah diumumkan kepada calon yang berjaya.

“Difahamkan calon sudah menerima keputusan masing-masing dan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) menyelaraskan penempatan menerusi sistem e-graduan,” jelas Omar.

Tambah Omar, penempatan tersebut sudah selesai dan calon guru dijangka akan memulakan tugas mereka pada pertengahan Januari ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin sempena pelantikan sebagai Pengarah JPNS yang baharu.

Sementara itu, Omar memaklumkan lebih 12,000 calon disaring dan 1,500 calon berjaya dipilih untuk memenuhi keperluan penempatan.

“Seramai 300 guru ditempatkan di sekolah menengah, selebihnya bertugas di sekolah rendah,” jelas Omar lagi.

Omar juga berharap langkah ini dapat menangani masalah kekurangan guru terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman sekali gus memperkukuh kualiti pendidikan di Sarawak.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan