PDRM, KPM komited beri kesedaran, panduan kepada warga pendidik tentang ‘scam’

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus komited untuk memberi kesedaran dan panduan kepada warga pendidik dalam mengenali, mencegah dan melaporkan sebarang penipuan dalam talian (scam).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Komisioner Datuk Hassan Wan Ahmad berkata, pentingnya warga pendidik menjadi barisan hadapan dalam menyebarkan kesedaran berkaitan penipuan dalam talian kepada pelajar dan masyarakat.

“Program Kesedaran Anti-Scam yang disasarkan kepada warga pendidik berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara PDRM dan KPM.

“Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penipuan dalam talian (scam) serta memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan kepada golongan pendidik dan masyarakat.

“Guru dan pendidik bukan sahaja bertanggungjawab mendidik generasi muda, tetapi juga perlu menjadi contoh dalam mengamalkan keselamatan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kesedaran Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin di sini pada Selasa.

Wan Hassan berkata, jenayah telekomunikasi (phone scam) dan jenayah e-Dagang (penipuan transaksi wang melalui internet) antara jenis penipuan yang tertinggi dilaporkan.

“Guru juga antara yang menjadi mangsa jenayah siber di seluruh negara pada tahun 2023 mencatatkan sebanyak 1,088 kes dengan anggaran kerugian sebanyak lebih RM29 juta.

“Manakala bagi tahun 2024 pula jumlah mencatatkan sebanyak 985 kes dengan anggaran kerugian sebanyak lebih RM38 juta,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej yang meminta maklumat peribadi, nombor akaun bank, atau bayaran wang pendahuluan.

Katanya, sebarang aktiviti mencurigakan boleh dilaporkan melalui saluran aduan rasmi seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997, aplikasi SemakMule dan aplikasi Check Scammers CCID.

Related Posts

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI