Surau hangus terbakar di Beluran

BELURAN – Sebuah surau hangus terbakar dalam kejadian di Jalan SMK Beluran, di sini pada malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Penolong Penguasa Bomba Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.55 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah surau jenis tidak kekal berkeluasan 20×10 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Seramai sembilan anggota bomba tiba di lokasi kejadian enam minit selepas panggilan, bertindak memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan itu di sini pada Rabu.

Menurut Edoen, operasi pemadaman dilakukan dengan aliran 100 kaki, satu pancutan dan satu aliran salur bantu mula sumber dan air dari tangki jentera bomba.

“Operasi yang turut dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Sabah Electricity yang akhirnya dapat dikawal pada pukul 11.12 malam.

“Pemeriksaan kemudian dijalankan di sekitar kawasan terlibat bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud.

“Pada pukul 12.16 tengah malam operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya,” katanya.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026