Patriotisme Raja Perlis dibentuk menerusi ketenteraan, seru RRD buang budaya tunggu arahan

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengimbau perjalanan hidup baginda yang diasuh melalui medan latihan ketenteraan sehingga membentuk jiwa kepimpinan berteraskan patriotisme.

Baginda bertitah, pengalaman berkhidmat sebagai anggota tentera memberi kesedaran mendalam terhadap betapa pentingnya menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Beta merupakan antara Raja Melayu terawal menerima pendidikan ketenteraan secara formal dan seterusnya berkhidmat sebagai anggota tentera,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Renjer Diraja (RRD) bersempena Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda di Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Dalam titahnya, baginda menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga RRD yang bertungkus-lumus menjayakan acara penuh bermakna itu.

“Perbarisan ini melambangkan kesungguhan, kegagahan dan kesiagaan warga Renjer Diraja yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan tanah air,” titah baginda.

Baginda turut menyeru agar semua anggota RRD membuang budaya mementingkan diri, berpeluk tubuh dan hanya menunggu arahan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sebaliknya warga kor ini perlu bertindak lebih proaktif, mempamerkan profesionalisme tinggi dan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain,” titah baginda.

Titah baginda lagi, semangat, dedikasi dan keikhlasan dalam berkhidmat perlu sentiasa dipupuk dalam jiwa setiap anggota pertahanan negara.

Baginda menegaskan, semangat seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan perlu disemat kukuh bagi memperkukuhkan benteng kedaulatan negara.

Dalam masa sama, baginda berharap seluruh rakyat terus menyokong usaha mempertahankan keamanan serta menunjukkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada tanah air.

Baginda turut berdoa agar Malaysia terus dilimpahi rahmat, kekal berdaulat dan makmur untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Tuanku Syed Sirajuddin merupakan antara Raja Melayu terawal menerima pendidikan ketenteraan secara formal di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, telah menyertai RRD selepas tamat latihan.

Sepanjang perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia, baginda banyak terlibat dalam operasi ketenteraan dan menjadikan RRD sebagai sebahagian daripada jiwa perjuangannya dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam