Pasukan keselamatan Syria berjaya sekat rancangan rejim Assad serang bandar

SYRIA – Pasukan keselamatan Syria telah menahan sisa-sisa pemimpin rejim Assad di Deir ez-Zor, timur Syria atas tuduhan merancang serangan ke atas kemudahan keselamatan dan kerajaan, menurut satu kenyataan rasmi.

Jabatan keselamatan wilayah Deir ez-Zor dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, pengarah keselamatan bandar itu menahan pemimpin daripada rejim yang telah tumbang, yang merancang untuk menyerang ibu pejabat keselamatan dan kerajaan di wilayah tersebut. Butiran lanjut tidak diberikan.

Khamis lalu, wilayah pesisir Latakia dan Tartus mengalami serangan terancang oleh penyokong rejim Assad yang digulingkan.

Serangan yang digambarkan sebagai yang paling teruk sejak kejatuhan rejim pada Disember menyasarkan peronda keselamatan, pos pemeriksaan, dan hospital, menyebabkan kematian serta kecederaan.

Sebagai tindak balas, pasukan keselamatan dan tentera melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu para penyerang, yang membawa kepada pertempuran sengit.

Presiden Syria pada Ahad mengumumkan pembentukan suruhanjaya kebangsaan bebas untuk menyiasat kejadian di wilayah pesisir itu.

Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada 8 Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Ahmed al-Sharaa, yang mengetuai pasukan anti-rejim untuk menggulingkan Assad, telah diisytiharkan sebagai presiden bagi tempoh peralihan pada 29 Januari. – Anadolu

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16