Realiti sebenar wanita Palestin selepas perang

GAZA – Seramai 12,298 wanita terbunuh akibat serangan udara dan darat rejim Israel, tidak termasuk 928 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak yang telah terkorban di Tebing Barat sejak perang bermula dedah Kementerian Hal Ehwal Wanita Palestin.

Kementerian Hal Ehwal Wanita Palestin telah mengeluarkan satu laporan komprehensif bersempena Hari Wanita Antarabangsa, yang menyoroti kesan teruk dan meluas akibat serangan tentera Israel terhadap wanita Palestin di Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis, serta diaspora.

Menurut laporan itu, kira-kira 1 juta wanita di Gaza telah dipaksa menjadi pelarian, manakala 1.2 juta penduduk keseluruhan, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, telah kehilangan tempat tinggal.

Pemindahan besar-besaran juga menyebabkan wanita terdedah kepada kemiskinan, keganasan, serta kekurangan akses kepada perkhidmatan asas.

Laporan itu juga menekankan krisis ekonomi yang semakin meruncing, terutamanya bagi wanita di Gaza.

“Kadar pengangguran wanita melonjak kepada 95 peratus, berbanding 67.6 peratus sebelum perang.

“Selain itu, 91 peratus penduduk Gaza atau 1.84 juta orang kini menghadapi krisis makanan yang teruk, dengan 96 peratus bayi berumur bawah enam bulan mengalami kekurangan zat akut.

“Tambahan pula, 90 peratus wanita hamil dan menyusukan anak di Gaza tidak mempunyai akses kepada pemakanan yang mencukupi,” jelas laporan itu.

Penggantungan perkhidmatan UNRWA turut menyebabkan 41,571 wanita Palestin kehilangan akses kepada perkhidmatan kesihatan penting.

“Laporan itu juga menyatakan bahawa 22,835 individu kurang upaya di Gaza, termasuk ramai wanita, tidak mendapat rawatan kesihatan dan sokongan psikologi yang diperlukan.

“Kesan terhadap kanak-kanak juga sangat serius. Penutupan sekolah dan penggantungan perkhidmatan pendidikan UNRWA telah menjejaskan pendidikan 324,000 pelajar Palestin, termasuk 278,000 di Gaza,” katanya.

Dari segi infrastruktur fizikal, laporan itu mendedahkan bahawa 87,000 unit rumah di Gaza telah musnah sepenuhnya, manakala 297,000 lagi mengalami kerosakan sebahagian.

“Kemusnahan besar-besaran ini telah menyebabkan ribuan wanita kehilangan tempat perlindungan.

“Harga makanan di Gaza juga melonjak sebanyak 309.4 peratus, menjadikan barangan keperluan asas semakin sukar diperoleh oleh kebanyakan keluarga,”ujarnya.

Laporan itu turut menyoroti keadaan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, di mana 21.6 peratus penduduk di kem pelarian hidup dalam kemiskinan, dengan 6 peratus berada dalam kemiskinan melampau.

Sementara itu, 41.6 peratus keluarga Palestin di Baitulmaqdis bergantung kepada ekonomi Israel untuk pendapatan, menyebabkan mereka terdedah kepada ketidakstabilan ekonomi. – WAFA

Related Posts

Amerika Syarikat belanja AS$6 bilion serang Iran

ISTANBUL – Minggu pertama kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran telah menelan kos kira-kira AS$6 bilion, kata pegawai Pentagon kepada Kongres, lapor Anadolu Ajansi. Menurut New York Times, kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Solat Jumaat di Al-Aqsa dibatalkan, tapak suci ditutup

PENTADBIRAN Awam Israel bertindak membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, lapor platform tentera Israel, Al-Munasiq. Ketua Pentadbiran Awam, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim memaklumkan, keputusan itu diambil susulan serangan balas Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya