Jualan Rahmah diperluas ke pasar basah terpilih

PUTRAJAYA – Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal diperluaskan ke pasar basah terpilih seluruh negara mulai bulan depan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penganjuran PJRM di pasar basah itu bertujuan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati manfaat penjimatan harga barangan keperluan ditawarkan.

Beliau berkata, ia juga bagi menambah lagi jenis barangan keperluan yang boleh ditawarkan kepada pengguna menerusi PJRM@Pasar.

“Pelaksanaan PJRM@Pasar ini adalah satu lagi bentuk intervensi kerajaan dalam membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.

“Ia dilakukan secara bersasar mengikut keperluan semasa ini bagi memastikan ia tidak mendatangkan implikasi gangguan atau herotan kepada pasaran,” katanya selepas memantau perjalanan PJRM peringkat Terengganu, hari ini.

Armizan berkata, pemilihan lokasi PJRM@Pasar mengambil kira beberapa faktor seperti berlaku kenaikan signifikan, gangguan bekalan disebabkan faktor cuaca dan kos pengangkutan tinggi sehingga mempengaruhi harga barang keperluan.

Beliau menambah, KPDN akan melakukan pemantauan terhadap pergerakan harga barang dan aduan orang awam di kawasan terlibat sebelum menganjurkan PJRM@Pasar.

Related Posts

Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026