‘Chemistry’ jentera Kerajaan Perpaduan tak boleh dipertikai lagi – calon BN

KLUANG – Kesepakatan dan kebersamaan jentera komponen Kerajaan Perpaduan yang bekerja keras memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah tidak wajar dipertikai lagi.

Hal ini kata Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang, kebersamaan jentera Kerajaan Perpaduan dapat dibuktikan dari segi gerak kerja kempen.

“Alhamdulillah, saya dapat lihat ‘chemistry’ ataupun kebersamaan ini diterjemahkan dari segi gerak kerja.

“Bagaimana mereka juga bersungguh-sungguh memastikan keadaan, bukan sahaja saya malah calon lain yang diwakili oleh BN dan Kerajaan Perpaduan.

“Ini (kerja keras jentera Perpaduan) untuk memastikan tiada apa yang boleh di dipertikaikan lagi dari segi soal kebersamaan ini,” kata Syed Hussien ketika ditemui pemberita selepas kenduri sekampung di Masjid Kg Tengah, pada Jumaat.

Sepanjang pemerhatian dapat dilihat selain jentera Umno-BN, komponen lain seperti DAP, Amanah dan PKR juga bertungkus-lumus berkempen meraih undi untuk memenangkan Syed Hussien di N29 Mahkota pada 28 Sept ini.

Sementara itu, ditanya bagaimana beliau mendekati pengundi Cina di Mahkota, Syed Hussien menjelaskan kemajmukan masyarakat di Kluang sudah sebati dengan kehidupan yang harmoni meskipun berbeza agama dan warna kulit.

Ahli Majlis Perbandaran Kluang itu malah memberitahu, kemahiran beliau bertutur bahasa Cina memberi pakej tambahan untuknya mendekati pengundi daripada masyarakat Tionghua.

“Buat masa sekarang ini apa yang saya dapat lihat sambutan daripada masyarakat Tionghua ini mesra dan baik.

“Memandangkan saya mempunyai sedikit kelebihan yang Allah bagi iaitu boleh bertutur dalam bahasa Cina, saya juga agak rapat (dengan mereka) kerana kita kebiasaannya memang dalam Kluang ini hidup dalam kehidupan yang harmoni.

“Jadi saya rasa tidak ada masalah dari segi soal meraikan pendapat dan juga meraikan kehadiran mereka sebagai pengundi,” ujarnya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan