
MIRI: Sebuah rumah dua tingkat dilaporkan terbakar bertempat di Kampung Pangkalan Lutong, Miri, Sarawak.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I KUP Remlee Sahari, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada 10.55 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 11.04 pagi tadi.
“Kebakaran melibatkan rumah dua tingkat separuh kekal, berkeluasan anggaran 15 meter x 9 meter terbakar 100 peratus,” jelas beliau.
Tambah beliau, PKO bertindak membentang satu aliran salur bantu mula, satu aliran 200 kaki, satu unit pam dan air dari sungai berdekatan.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang juga pasangan suami isteri, Abdullah Nassa, 77 tahun dan Jaimah Badar, 64 tahun dijumpai rentung pada 12:15 tengah hari di kawasan bilik mandi.
Setakat ini, kerja-kerja baik pulih masih dijalankan.