Beberapa jalan di Kuching bakal ditutup sempena SUKMA 2024

KUCHING: Acara perlumbaan berbasikal lebuh raya sempena kepada Acara Perlumbaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bermula 14 Ogos hingga 17 Ogos ini.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sarawak dipertanggungjawabkan untuk aspek keselamatan dan kawalan kesesakan lalu lintas.

“Selain tidak mahu sebarang insiden tidak diingini berlaku, tugas trafik memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar dan selamat,” ujar beliau.

Tambah beliau, beberapa laluan jalan raya di Padawan digunakan sebagai litar perlumbaan berbasikal.

“Pihak polis melaksanakan penutupan dan lencongan jalan sementara serta berperingkat di sekitar lokasi perlumbaan,” jelas beliau.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Akses Politeknik Kuching, Jalan Pehin Sri Adenan Satem (Jalan FAC), Jalan Kampung Ulu Selang (Lampu Isyarat Telaga Air), Lampu Isyarat Kopodim dan Lampu Isyarat Matang Jaya.

Difahamkan pengumuman penutupan lencongan jalan raya ini bertujuan memudahkan orang ramai mengetahui jalan yang akan ditutup pada tarikh tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka lebih awal serta digalakkan menggunakan laluan alternatif.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bilik Gerakan (SUBTEK) JSPT IPK Sarawak di talian 082-274259 atau pejabat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan di 082-862643.

Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk di laman sesawang Facebook JSPT Sarawak.

Related Posts

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

BAYERN Munich mara ke final Piala Jerman buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas menewaskan Bayer Leverkusen 2-0. Jaringan Harry Kane dan Luis Diaz memastikan kemenangan buat skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

MANCHESTER City memintas Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 1-0 di Turf Moor yang menyaksikan Burnley tersingkir, awal pagi tadi. Kekalahan itu mengesahkan Clarets turun buat kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM